Powered by Blogger.
Authorized Public Gold Dealer PG004844 / A3201

Menjual Membeli Emas & Perak

Harga Emas Dijangka Naik Rm 5,662 Seauns

Thursday, February 23, 2012



Harga emas dijangka kekal diparas tertinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kata OCBC Bank.
Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS $1,800 (Rm 5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010. Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas di anggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan bagi pihak berkuasa global.

Kini kami melihat harga emas semasa sekitar AS $1,600oz sebagai tidak wajar, kata bank itu. Emas katanya telah mencatat prestasi cemerlang, meningkat hampir 20% bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10tahun lalu. OCBC Bank percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikkan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan. Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Blommberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70% masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. BERNAMA.

Kredit To : Berita Harian = (7-1-2012)

Ketika artikel ini ditulis (24-2-2012) harga emas sedang mencanak naik keepada AS $1780 oz. Untuk semua pertanyaan tentang emas hubungi 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP