Emas Fizikal VS Emas Mental
Monday, February 13, 2012
Emas fizikal telah wujud sejak bumi ini dicipta ALLAH swt. Emas adalah logam yang paling bernilai sejak dari zaman umat terdahulu sampailah umat akhir zaman sekarang ini. Bagi pelabur emas fizikal antara ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum menceburkan diri dalam pelaburan emas fizikal dalam sesebuah syarikat itu ialah nilai premium, jaminan belian dan spread.
Apa pula emas mental ? Istilah emas mental mungkin istilah emas yang baru bagi kita. Dari segi nama pun kita boleh tahu, emas mental ini bunyinya pelik. Tapi itulah naluri pelabur emas mental ini. Emas mental ini tidak semestinya perlu wujud secara fizikal. Ia cuma perlukan "kepercayaan" sahaja dari pelabur-pelaburnya untuk terus hidup. Syarikat pelaburan emas mental ini tak perlu nak buktikan lokasi perniagaan, kaedah operasi, cara pelaburan dan tak perlu nak tunjukkan emas mereka secara fizikal kepada para pelabur. Bagi mereka yang ada IQ yang normal dan berfikiran waras sekelip mata aje boleh tahu yang emas mental ini adalah satu "penipuan" dan sebiji macam skim cepat kaya. Tapi perkara ini dah tentu akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh pelabur emas mental, dari sudut yang lainnya tu tak tau la.....
Tambahan pula, kepercayaan yang diperlukan untuk emas mental itu pula tidak perlu berasas pun. Apa yang penting, pelabur-pelabur itu diberi imbuhan secara berkala. Itu aje dah cukup untuk membuatkan mereka percaya bulat-bulat walaupun syarikat emas mental yang disertai itu tidak diiktiraf, diragui dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut agama dan sebagainya. Kepercayaan mereka itu tak akan sama sekali terhakis, walaupun dilawan dengan hujah yang berilmiah. Mereka cuma akan sedar dikemudian hari apabila syarikat pelaburan mereka itu ditutup atau melarikan diri secara tiba-tiba.
Fikir-fikirkan......
Kredit to : Dr Mohd Fauzan & Cikgu Nor Fazilah
0 comments:
Post a Comment