Powered by Blogger.
Authorized Public Gold Dealer PG004844 / A3201

Menjual Membeli Emas & Perak

Panduan Meningkatkan Simpanan Emas Keluarga

Tuesday, February 28, 2012

Salam..

Ramai orang yang bercerita tentang emas sekarang ni.Macam-macam versi yang boleh didengar dan dibaca di internet,antaranya :

“pelaburan emas ni dapat duit bulan-bulan,dividen ini akan dapat selagi kita simpan emas” -skim

“beli emas dengan modal hanya RM5k,kita boleh dapat emas 100g,emas disimpan di bank” – sistem ar rahnu 35:65

“beli emas jenama  X ni murah sangat berbanding emas syarikat lain” -spread sangat besar ,sehingga 20%

“simpan emas tak rugi,harga naik je ” – jangka masa panjang,benar

“beli saham emas dapat dividen dan pulangan lumayan,syarikat dikenali seluruh dunia” – scam

Bagaimanakah kita nak pastikan yang kita menggunakan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul?

Mudah sahaja!

Pastikan anda beli emas,dapat emas dan rancanglah simpanan anda mengikut keperluan sama seperti anda pernah menyimpan di bank sebelum ini.Ramai yang berlumba-lumba menyimpan seberapa banyak wang di bank,walaupun kadar pulangannya sangat rendah,dan jika tinggi sekalipun dividen tersebut,akan menjadi kurang semula atas faktor susut nilai wang kertas.

Apa kata kita tukar mind set yang telah ditanam sejak kecil lagi-simpan emas pula.Kita diajar untuk menyimpan wang dalam tabung dan bila besar kita dididik agar menyimpan dalam bank,sehinggalah kita sudah bekerja.Anda pasti tidak berhenti menyimpan wang kertas,sehinggalah anda tahu tentang emas dan  muslihat serta permainan wang kertas yang diniagakan ini.Walhal ia hanyalah sekeping kertas bernilai lebih kurang 4 sen dan ditukar warnanya dan diletakkan nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100.Tambahan pula promosi hebat tentang menyimpan dalam bank ini sangat giat diiklankan di media sehingga dapat terus mengaburi mata semua orang tentang hakikat yang sebenar.Anda boleh cari artikel mengenai sejarah wang kertas dan perkaitannya dengan riba dalam blog ini.



Simpanlah walaupun bermula dengan 1 dinar
Saya dah mula ajar anak-anak saya kenal emas sejak mereka kecil lagi.Sekarang mereka dah kenal dinar,dirham,dan gold bar.Pernah anak sulung saya bertanya,”asyik simpan emas je,macam mana nak beli barang?”

Saya jawab “untuk simpanan jangka masa panjang,kita kena simpan emas sebab ia akan semakin bernilai ditelan zaman,kalau untuk kegunaan seharian,kita kenalah ada duit sikit baru boleh beli barang.Simpanan emas yang kita simpan sekarang adalah untuk kegunaan kamu bila besar  nanti”

Fakta :wang kertas bukanlah simpanan yang bagus kerana nilainya yang semakin susut(simpanlah sedikit untuk kegunaan on the spot dan kecemasan segera).Didiklah generasi kita agar tidak jadi seperti kita yang lewat mengenali emas.

Kaedah yang betul ialah beli dan simpan-ini pun anda dah boleh untung.Tak perlu buat apa-apa.Teknik termudah :

1.Beli bila ada wang

Jika anda ada duit simpanan di bank,bolehlah keluarkan dan simpan emas pula.Tinggalkan sedikit sahaja untuk kegunaan on the spot dan kecemasa segera.Produk emas sekarang sangat mudah ditukarkan dengan wang kertas bila perlu kerana agen-agen emas sangat ramai,dan mereka sedia membeli emas anda bila-bila masa.Tak percaya?Inilah adalah fakta

Dahulu saya sering mendengar alasan “emas susah nak jual balik,lambat nak cairkan”.Hakikatnya saya sendiri pernah jual emas sehingga lewat malam sebab pelanggan saya tersebut keretanya rosak dan perlukan wang segera.Ada juga rakan dealer saya yang dihubungi pelanggannya dan mereka jumpa di pasaraya sebab dia nak bershopping dengan duit jual emas.So,tanggapan emas susah nak dicairkan (tukar emas kepada wang kertas) sangatlah tidak tepat dengan situasi sekarang.

Mungkin anda juga boleh beli jika anda mendapat bonus atau keuntungan hasil perniagaan.Sama macam saya,jika perniagaan gerai kami dapat untung,saya akan cepat-cepat beli emas,ikut kemampuan.Dapatlah 1 dinar atau sekurang-kurangnya 10g sebulan hasil keuntungan,dan selebihnya untuk kegunaan lain akan saya asingkan.Bila perlukan modal untuk besarkan biz barulah saya jual,dan biasanya harganya lebih tinggi dari waktu saya mula-mula beli.Jika tidak perlukan modal dan tiada keperluan,saya akan simpan sahaja dan kalau ada pelanggan yang nak beli,saya akan jual dan restock semula dengan harga yang murah.Emas dapat,untung pun dapat,yang penting,kekalkan gram.



2.Beli semasa harga murah

Jika diperhatikan,setiap tahun ada trend di mana harga emas akan jatuh sedikit.Bagi pembeli baru yang ingin bermula,ada yang ingin memilih waktu murah untuk membeli,namun anda harus rajin memantau harga emas ini.Bagi yang sudah lama menyimpan emas dan ada sedikit pengetahuan tentang pergerakan harga emas ,masa harga emas murah ini ramailah yang akan mengambil kesempatan untuk restock dan borong.

Salah satu teknik kedai emas,yang boleh juga digunapakai oleh anda jika anda pengedar emas.Mereka akan borong emas semasa awal tahun,atau harga murah,dan jual semasa perayaan yang biasanya pada  hujung tahun,dan masa tu harga dah mahal.Sebab tu jika anda lihat,ada kedai emas yang sepi dari pelanggan tapi tetap bertahan kerana mereka dah untung besar bila perayaan.Jika anda pengedar emas mobile macam saya pun boleh gunakan teknik ini.Tapi janganlah tunggu hujung tahun baru nak jual,ada cara lain pula untuk tetap dapat untung walaupun jual semasa harga emas murah.Yang pasti dengan cara ini simpanan emas anda bertambah.

Jika anda tiada masa untuk pantau harga,maka beli sahaja kerana untuk jangka masa panjang anda tidak rugi.Melainkan anda jual sebelum sempat menikmati kenaikan harga emas.



3.Beli secara konsisten

Lihat kepada perbelanjaan bulanan anda.Rancang dan buat bajet semula dan cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yang tidak perlu.Contohnya,ramai kaum wanita yang suka menghabiskan wang membeli pakaian,tudung mengikut trend,beg baru,kasut baru dan pelbagai aksesori.Cuba anda kira balik berapa yang telah dihabiskan dan jangan terkejut dengan jumlahnya nanti.Barang-barang tersebut semuanya susut nilai,sampai masa anda harus tukar yang baru kerana sudah ketinggalan dan rosak.Apakah tip yang saya praktik?Beli mengikut keperluan dan saya tidak mengikut trend kerana bagi saya satu pembaziran.Setiap kali ada fesyen baru ,maka ramailah yang akan membeli dan menghabiskan wang supaya kelihatan up to date.Bayangkan jika wang tersebut anda jimatkan dan simpan dalam bentuk emas,bukankah semakin bernilai.

Ini juga dapat dilihat dengan trend menukar handphone baru dan pelbagai gajet yang canggih.Mampukah anda mengikut perubahan semasa yang tidak berkesudahan ini?Saya lebih  selesa menggunakan gajet sedia ada walaupun kelihatan ketinggalan zaman kerana saya dapat gunakan hasil penjimatan tersebut ke tempat yang betul.Malah saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang yang dapat mengawal hawa nafsu.

Belilah secara konsisten setiap bulan,contohnya:

1 bulan 1 dinar   , 1 bulan 10g  ,  1 bulan  20g atau ikut kemampuan dan kewangan anda.

Sabar dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum.Biar sedikit asalkan bermula  dan elakkan dari bercita-cita nak beli yang besar terus,akhirnya tak beli-beli.Sikit-sikit lama-lama pasti jadi bukit.



Simpanan emas menjamin kewangan anda
Panduan lain ialah:

1.Tetapkan target simpanan setiap anak anda.Contohnya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti.Kiraannya begini:

Umur anak sekarang : 3 tahun

18- 3 = 15 tahun

150g / 15 tahun = 10g setahun

Jadi,untuk capai target tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut.Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.

Anda juga boleh rancang simpanan emas untuk pendidikan anak anda.Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalam RM30k,maybe menyimpan 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.Harga 100g emas 24 sekarang RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari.Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu,harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.

2. Simpan 100g atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.

3.Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.

4.Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran.Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.

Banyak lagi contoh lain yang anda boleh rancang mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Bermulalah sekarang,walaupun dengan 1 dinar.

Read more...

Tahukah Anda ?

Saturday, February 25, 2012




USD mempunyai rezab emas terbanyak dunia, iaitu 74% ? Sedangkan Malaysia hanya mempunyai rezab emas sebanyak 1.4% sahaja. Mengapakah negara yang menguasai wang kertas dan mencetak sesuka hati mereka ini menyimpan emas sebanyak itu ? Anda kaji, anda akan dapat jawapan.

       Menyimpan wang kertas bukanlah tindakan yang bijak kerana :


1. Wang kertas susut nilai untuk jangka masa panjang.

2. Wang kertas mengalami inflasi - lihat harga barang-barang pada hari ini....semakin lama semakin mahal.

3. Tidak bersandarkan sesuatu yang berharga dan nilainya diberi oleh kerajaan yang memerintah. Jika berlaku darurat, peperangan, bencana alam dan krisis ekonomi, ia tidak bernilai.

4. Wang kertas boleh dicetak sesuka hati dan US boleh merompak harta benda di seluruh dunia dengan memperdagangkan matawang mereka. Mereka buat kita percaya wang mereka lebih berharga. Mahukah kita terus ditipu ?

5. Wang kertas jika terbakar, koyak sudah tidak bernilai, sedangkan emas sebaliknya dan kontra kpd semua yg tertulis di atas.

6. Ya, kita masih memerlukan wang kertas, tetapi cukuplah sekadar sebagai medium pertukaran on the spot.

         Simpanlah emas dan perak sebagai penyimpan nilai yang baik kerana ia tidak susut nilai, kalis inflasi dan merupakan aset terunggul selain rumah dan hartanah. 

Tukarkan emas dan perak anda hanya kepada 4 perkara berikut :

1. Rumah
2. Hartanah
3. Modal Bisnes
4. Keperluan atau mengalami kesusahan (kelebihan anda masih ada pilihan memajak, dan tebus ikut kemampuan - dapat guna wang, harta pun tak luak)

Berdasarkan senarai di atas tiada alasan untuk anda tidak menceburi dalam simpanan atau perniagaan emas. Emas bukan produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli. Cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas. Apabila masyarakat sudah mengetahui kepentingan emas, Insyaallah mereka akan menyimpannya.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil didunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Inflasi sifar selama 1400 tahun. Sebarkanlah kebaikan menyimpan emas dan perak ini kepada seberapa ramai rakan-rakan, saudara mara dan kenalan anda.

Kredit To: Cikgu Nor Fazilah = Jutawan Gold

Nak tanya tentang emas perak, nak beli emas perak call 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

Membeli Secara Mudah Produk PG

Friday, February 24, 2012




Kepada semua para pelanggan yang dihormati, pembelian mudah semua produk Public Gold boleh diuruskan keseluruh Malaysia dimana anda hanya memilih apa produk yang nak di beli seperti 10Dirham, Silver @ Perak, Dinar, Gold Bar, Gold Coin, Jewellery i series atau Jewellery D series. Setiap pembelian dibawah Rm 3000 anda boleh membayar tunai terus ke lokasi pengambilan di opis PG yang anda pilih.
Anda boleh order melalui saya dengan call no 012 9229512 saya akan buat LOCK order anda. Anda perlu memberi data seperti :

Nama Penuh:
I/C No:
Email:
No Talipon:
Lokasi Pengambilan Produk:


Selepas order di buat opis PG akan call anda untuk pengesahan order yg telah dibuat seterusnya anda akan menerima email sales order (SO) dari PG. Setelah dokumen email yg diterima adalah betul dengan lock order yang dibuat boleh lah anda bank in duit ke akaun bank Public Gold di Maybank atau Publicbank. Sekiranya nilai order yg dibuat dibawah Rm 3000 anda boleh lah bayar tunai terus ke opis PG berdekatan tempat anda.
Pastikan anda HANYA bank in wang  ke akaun bank PUBLIC GOLD sahaja sekiranya jumlah amaun melebihi Rm 3000.

Sebarang pertanyaan tentang order anda boleh hubungi hotline service no 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

10 Dirham Public Gold




10 Dirham PG diperkenalkan kepada orang ramai pada 24-2-2012 diperbuat dari perak. Setiap pembelian dirham disertakan sijil ketulenan assayer. Harga amat rendah dipasaran, anda boleh memulakan menyimpan dengan membeli pada harga yang ekonomi. Tukarkan wang anda kepada dirham untuk meningkatkan nilai wang anda.

10 Dirham = 35.54gram
Spread 16%
Harga Rm 150 ( ketika ini graf silver 35.54oz, harga berubah setiap 20minit sekali)
Kos transport sebanyak Rm 5

Untuk membuat pembelian sila call 012 9229512 untuk LOCK order.


Read more...

Soalan Dan Jawapan Untuk Pelaburan Emas



Berikut adalah soalan-soalan yang selalu keluar terutamanya oleh bakal-bakal pelabur dan juga orang yang baru dalam pelaburan emas. Jawapan-jawapan yang dinyatakan adalah melalui ilmu saya dan juga pengalaman yang dilalui oleh juga dari sumber otai-otai pelaburan emas yang lain.
Anda juga dinasihatkan juga tidak hanya bergantung kepada jawapan saya sahaja malah perlu juga untuk bertanya dan juga mencari ilmu-ilmu pelaburan emas dari sumber yang lain.

Harus diingat anda melabur dalam EMAS, pelaburan yang memerlukan beribu-ribu wang FIAT. Jadi adalah penting untuk anda mempunyai ilmu sebelum melabur.


S: Adakah saya akan mendapat Emas Fizikal apabila saya membeli emas Public Gold ?

J: Ya, dengan public Gold anda akan mendapat emas fizikal dan juga sijil pengesahan ketulenan emas. (Emas itu juga adalah menjadi hak milik anda sepenuhnya. Anda boleh buat apa sahaja dengan emas itu tiada yang mengawalnya).


S: Berapakah modal minimum untuk melabur dalam emas ?

J: Boleh mulakan dengan membeli emas yang paling rendah harganya 1Dinar = Rm 800 (23-2-2012). Setelah anda mula membeli dengan secara tidak lansung anda akan sensitif dan peka dengan trend kenaikan dan penurunan harga emas. Anda akan mula mencari ilmu-ilmu berkenaan pelaburan emas...dan seterusnya anda yakin dan mula tidak tentu arah mncari duit fiat (wang kertas) untuk melabur dengan banyak lagi...rakan-rakan anda akan kata anda kedekut...sebab anda sudah jarang berbelanja semata-mata hendak membeli emas.

S: Dengan siapa saya nak membeli emas ?

J: Untuk emas Public Gold anda boleh hubungi dealer yang brdekatan dengan anda. Anda juga boleh hubungi saya Puan Hanisah Mohd Haria 012 9229512. Anda juga boleh membeli terus dengan opis Public Gold, pastikan semasa anda membuat order sebutkan  Hanisah Mohd Haria INTRODUCER anda PG004844 / A3201.

S: Bila boleh menggunakan hasil pelaburan emas ?

J: Selepas 1tahun anda boleh menikmati kenaikan harga emas purata 20% setahun dan jika anda mahu menggunakannya, maka anda jual lah hasil yg lebih sahaja. Untuk itu lebih kecil buat emas yang anda pegang lebih flexible. Kalau tak faham saya boleh menceritakan lbih lanjut sms je 012 9229512.

S: Patutkah saya tunggu harga emas jatuh untuk mula membeli emas ?

J: Jika anda telah ada simpanan emas, mungkin anda boleh tunggu, tapi jika tiada lansung patut beli dulu SEDIKIT untuk elak kerugian jika harga emas tidak turun dan terlepas peluang.

S: Saya cuma ada sedikit dlm simpanan wang kertas, bercadang mahu gunakan ia sebagai modal perniagaan bila saya bersara dalam 5 tahun lagi, jika saya beli emas bagaimana saya boleh mendapat faedah dari pelaburan emas ini ?

J: Dengan membeli emas, jika kenaikan purata emas 20% setahun, anda akan menikmati kenaikan lebih kurang 100% dlm masa 5 tahun. Jadi ia sudah cukup baik dari perancangan anda untuk memulakan perniagaan selepas bersara.

Soalan dan jawapan diatas mungkin terlalu ringkas untuk anda faham. Walaubagaimana pun anda boleh mnghubungi saya untuk medapat maklumat lanjut...Tiada Paksaan...Wang Anda Pelaburan Anda...Untung Anda....

Kredit To: Abe Azrul = Otak Emas

Untuk pertanyaan tentang pelaburan emas fizikal PG lebih lanjut anda call 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

Harga Emas Dijangka Naik Rm 5,662 Seauns

Thursday, February 23, 2012



Harga emas dijangka kekal diparas tertinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kata OCBC Bank.
Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS $1,800 (Rm 5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010. Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas di anggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan bagi pihak berkuasa global.

Kini kami melihat harga emas semasa sekitar AS $1,600oz sebagai tidak wajar, kata bank itu. Emas katanya telah mencatat prestasi cemerlang, meningkat hampir 20% bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10tahun lalu. OCBC Bank percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikkan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan. Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Blommberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70% masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. BERNAMA.

Kredit To : Berita Harian = (7-1-2012)

Ketika artikel ini ditulis (24-2-2012) harga emas sedang mencanak naik keepada AS $1780 oz. Untuk semua pertanyaan tentang emas hubungi 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

Kesabaran Dengan Emas

Monday, February 20, 2012

 Apabila kita menceburi dengan pelaburan emas fizikal amat memerlukan kesabaran sebagai pemilik, penyimpan, pembeli, penjual dan penasihat emas. Ini kerana harga emas umpama spring ada ketika melonjak naik dan ada ketika merudum turun dari biasa, situasi begini amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi pemilik, penyimpan dan pembeli emas ketika harga merudum ramai yang PANIK kerana mereka amat bimbang jika harga dah merudum dan terus merudum mereka RASA rugi. Nasihat saya usah risau kerana harga emas tidak akan jatuh teruk seperti "BESI BURUK". Anda mesti simpan emas yang ada ditangan kerana harga emas pasti naik untuk jangka panjang malah menguntungkan Insyaallah....Ketika harga merudum ini lah anda patut menambah simpanan emas anda ambil peluang membeli ketika harga murah sebanyaknya untuk menambah nilai wang anda juga untuk menigkatkan taraf ekonomi anda.

Bagi pembeli, penjual & penasihat emas seperti saya harga meroket naik atau turun saya tetap membeli, menjual dan terus menjadi penasihat emas kepada semua pelanggan, tak pernah tutup kedai pun online 24jam. Ketika harga merudum saya sebagai agen 'sah'  Public Gold akan restock emas dengan sebanyaknya bergantung kepada duit tunai yang ada. Sebagai agen saya perlu ada stock emas untuk jualan. Saya juga bersedia buy back dari semua pelanggan yang telah membeli dari saya. Ketika harga emas meroket naik gilez-gilez saya sarankan pelanggan tunggu dahulu bagi harga turun barulah beli sebab harga emas macam spring bila naik MESTI ada harga turun, yang penting kena sabar.

Miliki emas dengan ILMU, jangan main belasah orang suruh beli kita beli, orang suruh jual kita jual. Silap cara anda akan rugiiiii.....nak tanya tentang emas call 012 9229512 saya Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

7 Perkara "TAKUT" Dalam Simpanan Emas

Friday, February 17, 2012






7 "Takut" (fobia) orang kita bila sebut simpanan emas fizikal. Ini bukan fakta tetapi nukilan ini terhasil dari pengakuan berbual-bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah dan orang yang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

1. Takut kena zakat.
2. Takut kena rompak, tak tahu nak simpan macamana.
3. Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula.
4. Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
5. Takut bila emergency, susah nak cairkan kepada wang kertas.
6. Takut susah nak bahagi-bahagikan kepada anak-anak bila kita dah mati nanti.
7. Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk investment (bagi kes barang hiasan la).

Kredit To: Yusri Yusoff

Beli Emas Dengan ILMU.
Untuk keterangan lanjut info emas call/sms ke hotline service no 012 9229512 Puan Hanisah Mohd Haria saya rakan emas anda sedia membantu memberi info FREE.

Read more...

Mulakan Simpanan Silver @ Perak






200 DMA ( 7Feb2012 ) = 35.49
Harga penutup ( 7Feb2012 ) = 33.69
Relatif harga ( 7Feb2012 ) = 33.69 / 35.49 = 0.95

200 DMA ( 31Jan2012 ) = 35.72
Relatif harga (31Jan2012 ) = 0.93
Penurunan 200 DMA dan kenaikkan harga silver menyebabkan harga terus naik kalau dibandingkan dengan 31Jan2012. Harga silver terus menembusi resistance besar iaitu 50 DMA. Selepas ini resistance besar ialah harga 300 DMA ( $34.51 ). Saya anggarkan pattern kenaikan akan mengikut seperti tahun lepas, harga silver terus menerus naik dari Februari sehingga April.
TIPS:
Jika anda mampu membeli 1-2oz sebulan teruskan sahaja pembelian. Yang paling penting ialah simpanan perak yang konsisten. nilai perak itu sendiri lebih penting dari harganya. Simpanan silver fizikal adalah termurah sekarang ini, mungkin tak jumpa range harga $25-$32 akan datang.

Kredit To: Dekad Silver Facebook

4 Sebab Mengapa Anda Perlu Membuat Pelaburan Silver Sekarang !!!!
Ini kerana kenaikkan pelaburan silver adalah 2x ganda berbanding kenaikan pelaburan emas, dan ketika ini silver sedang berada didalam posisi pendakian semula selapas mengalami penurunan yang agak besar.

1. Corak dan pola pergerakkan silver pada ketika ini menyamai dengan pola pergerakan pada tahun 2008 dimana jika dibuat perbandingan teknikal ketika ini silver sedang mengorak pola pendakian awal.
2. Pengurangan kadar pengangguran di USA menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekaligus bakal merancakkan industri pembuatan & teknologi. Memandangkan silver adalah komponen penting dalam pembuatan & teknologi, permintaan keatas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurangan.
3. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012 sekaligus bakal memberi impak peningkatan keatas permintaan silver.
4. Jika harga emas dijangka meningkat sehingga ke paras $2500/oz iaitu kenaikan sekitar 45% berbanding harga semasa ketika ini $1700/oz. Silver pula bakal meningkat sehingga $60/oz ianya adalah kenaikan sebanyak 100% berbanding harga semasa ketika ini $30/oz.

Kesimpulannya tahun 2012 adalah tahun paling baik untuk anda memulakan/menambah pelaburan silver, ini tahun untuk silver !!!!

Kredit To: Mohd Fauzan

Read more...

Emas Fizikal VS Emas Mental

Monday, February 13, 2012

Emas fizikal telah wujud sejak bumi ini dicipta ALLAH swt. Emas adalah logam yang paling bernilai sejak dari zaman umat terdahulu sampailah umat akhir zaman sekarang ini. Bagi pelabur emas fizikal antara ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum menceburkan diri dalam pelaburan emas fizikal dalam sesebuah syarikat itu ialah nilai premium, jaminan belian dan spread.

Apa pula emas mental ? Istilah emas mental mungkin istilah emas yang baru bagi kita. Dari segi nama pun kita boleh tahu, emas mental ini bunyinya pelik. Tapi itulah naluri pelabur emas mental ini. Emas mental ini tidak semestinya perlu wujud secara fizikal. Ia cuma perlukan "kepercayaan" sahaja dari pelabur-pelaburnya untuk terus hidup. Syarikat pelaburan emas mental ini tak perlu nak buktikan lokasi perniagaan, kaedah operasi, cara pelaburan dan tak perlu nak tunjukkan emas mereka secara fizikal kepada para pelabur. Bagi mereka yang ada IQ yang normal dan berfikiran waras sekelip mata aje boleh tahu yang emas mental ini adalah satu "penipuan" dan sebiji macam skim cepat kaya. Tapi perkara ini dah tentu akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh pelabur emas mental, dari sudut yang lainnya tu tak tau la.....

Tambahan pula, kepercayaan yang diperlukan untuk emas mental itu pula tidak perlu berasas pun. Apa yang penting, pelabur-pelabur itu diberi imbuhan secara berkala. Itu aje dah cukup untuk membuatkan mereka percaya bulat-bulat walaupun syarikat emas mental yang disertai itu tidak diiktiraf, diragui dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut agama dan sebagainya. Kepercayaan mereka itu tak akan sama sekali terhakis, walaupun dilawan dengan hujah yang berilmiah. Mereka cuma akan sedar dikemudian hari apabila syarikat pelaburan mereka itu ditutup atau melarikan diri secara tiba-tiba.
Fikir-fikirkan......

Kredit to : Dr Mohd Fauzan & Cikgu Nor Fazilah

Read more...

Harga Emas Naik Ke Turun ???

Ramai yang bertanya harga emas naik ke turun ? Untuk pengetahuan semua harga emas naik ke turun saya tak kisah pun.....he he heee sebab naik turun harga emas adalah perkara biasa. Yang penting sekali bertindaklah memiliki, menyimpan & membeli emas walaupun hanya dengan 1Dinar. Masa yang sesuai adalah pada masa sekarang ketika harga emas masih rendah pada masa ini graf Kitco 1715.60 , 1Dinar = Rm 774. Perlu diingat pada september 2011, 1Dinar = Rm 830 oleh itu bertindaklah membeli & menambah stock simpanan emas anda.
Biasanya harga emas diawal tahun agak rendah berbaloi membeli, pada bulan ogos anda boleh lihat kenaikkan yang ketara, Insyaaalah. Harga emas pada hari sabtu & ahad adalah statik.
"Miliki Emas Dengan Ilmu"
Sebarang pertanyaan tentang emas hubungi hot line service no 012 9229512 Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membantu.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP