Powered by Blogger.
Authorized Public Gold Dealer PG004844 / A3201

Menjual Membeli Emas & Perak

Rebut Peluang Waktu Maksimumkan Keuntungan Emas & Perak

Saturday, March 10, 2012

Apa khabar kepada semua pembaca? Semoga sihat semua hendaknya. Hari ini saya ada info untuk dikongsi dengan anda semua, semoga kita semua dapat manfaat daripadanya.
Kalau anda sedang menanti peluang untuk memaksimakan keuntungan dari Pelaburan Emas dan Perak, anda harus merebut peluang ini bila sampai masanya nanti!


Melihatkan kepada Trend pergerakan semasa harga Emas ketika ini, wujud kebarangkalian untuk harga Emas menguji kekuatan paras Sokongan (Support) iaitu pada harga sekitar $1520-$1530/oz.

Sekiranya jangkaan ini berlaku, maka harga Emas akan menyusut sekitar 5.5% berbanding harga semas ketika ini iaitu sekitar $1720/oz.

Lantunan semula harga Emas selepas ia berjaya menguji paras Sokongan ini turut dijangkakan.

Kebarangkalian tinggi turut menjangkakan yang harga akan kembali membuat pendakian menuju ke paras Rintangan (Resistance), iaitu paras harga tertinggi yang telah dicapai pada September 2011 yang lalu, sekitar $1900-1920/oz.

Belian di paras harga sekitar $1520-1520/oz  (kesilapan menaip) $1600 - $1620/oz akan memberikan pulangan kira-kira 17% sekiranya jangkaan untuk harga menuju ke paras $1900-1920/oz berlaku.
Jika anda telah membuat belian sebelum ini pada harga sekitar 1720-1720/oz, belian tambahan pada harga yang lebih Rendah ini bukan sahaja akan memaksimumkan keuntungan anda, bahkan ianya juga akan menjadikan tempoh masa untuk meraih keuntungan dari Pelaburan Emas menjadi lebih cepat dan Efisyen dan sebaliknya sekiranya anda masih ingin bertindak untuk tunggu dan lihat.

Diantara faktor yang mempengaruhi tempoh masa pulangan samaada cepat atau lambat dalam Pelaburan Emas ini adalah "bentuk justifikasi belian yang anda gunakan".

Sebagai contoh, ramai yang berebut-rebut peluang membeli ketika harga turun, sedangkan penurunan tersebut tidak bermakna yang harga ketika itu berada di paras yang rendah kerana besar kemungkinan potensi untuk harga turun lagi masih tinggi.

Namun sebaliknya jika anda membeli ketika harga berada di paras yang Rendah, dan perlu diingat untuk harga berada di paras yang rendah, tidak semestinya ia perlu turun, dan sekiranya harga turun, tidak bermakna ketika itu harganya rendah.

Bagaimana ingin mengenalpasti "Buying Opportunities" yang Optimum ini?

Laburkan sedikit masa, sedikit wang, serta Komitmen dan Fokus untuk menghadiri Bengkel Strategi 5B, dan pelajari konsep pelaburan yang sangat menguntungkan, fleksibel dan dinamik.

Jika anda merasakan bayaran RM599 itu mahal, mungkin anda patut membuat perbandingan bagaimana jika modal puluhan atau ratusan ribu yang anda gunakan untuk pelaburan ketika ini kerugian?

Yang mana yang akan anda pilih? Keputusan di tangan anda!

Kredit To: Md Faizan


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP