Emas Untuk Wang
Monday, December 5, 2011
Emas untuk wang kerana ianya adalah pelaburan yang asli.
Emas adalah wang kerana ianya mudah di urusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.
Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling, ketulan tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli 999.9 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah.
Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenarnya.
Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan dan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai satu barang mewah dan ianya menjadi elemen yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi pembuatan. Emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun termurun lagi.
Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dan tidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan.
Sebagai bentuk pelaburan emas dilihat sebagai aset keawangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa. Emas juga dilihat sebagai sebuah institutsi pelaburan yang selamat.
0 comments:
Post a Comment