1. Ramai diantara pengunjung blog, dealer dan para pelanggan yang bertanyakan soalan ini, lebih-lebih lagi yang baru berjinak-jinak didalam dunia pelaburan emas fizikal. Perbezaan harga emas yang dilihat didalam TV atau akhbar membuatkan mereka ragu-ragu untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga yang dilihat dikaca TV.
2. Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga syiling, iaitu ianya tiada harga maksimum tetapi ianya mempunyai harga lantai @ harga minimum. Kebiasaannya harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price @ Indeks harga yang sentiasa berubah-ubah yang kebiasaan boleh dirujuk dilaman web Kitco.com. Harga ini hanyalah angka / indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikkan dan penurunan harga emas dipasaran dunia sahaja.
3. Justeru apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan seperti minting, labour cost, security dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran didalam bidang yang terlibat seperti Public Gold akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran PG dapat dijual pada harga yang kompetitif.
4. Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka dijual pada harga yang lebih tinggi.
5. Di sebabkan faktor-faktor ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli @ dealer mereka tanpa perlu menanggung kos-kos tambahan tersebut. Kebiasaannya disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian. Mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread ( beza harga jual / beli ) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.
Sumber dari Pelabur Jutawan
Read more...