Powered by Blogger.
Authorized Public Gold Dealer PG004844 / A3201

Menjual Membeli Emas & Perak

Risiko Pelaburan Emas Fizikal

Monday, January 23, 2012

Apa akan jadi pada pelabur / pembeli / pemilik emas Public Gold (PG) KALAU syarikat lingkup ? Apa akan jadi pada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan ? Pendek kata apakah risiko pelabur emas fizikal KALAU pengeluar lingkup ? Itu antara soalan yang biasa orang tanya sebelum beli emas.

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup ?
Jawapan yang paling mudah saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barangan kemas emas kalau pekedai emas tutup kedai ? Pastinya TIADA risiko sebab emas itu ada di tangan kita.
'Invest' dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang emas di kedai je, kita tak perlu risau samaada kedai pengeluar tu lingkup atau pun maju sebab yg paling penting kita pegang emas fizikal. Emas ada di tangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai itu tapi terletak pada nilai berat & ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai itu masih wujud dan kukuh kita akan dapat lebih manfaat. Mungkin boleh jual balik @ trade in emas itu dgn harga yg lebih tinggi berbanding dgn trade in ke kedai lain.

Lebih Untung Jual Kepada Pengeluar
Keduanya emas ni senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekali pun kita boleh menjual semula kepada kedai emas pada bila-bila masa, dimana sahaja di seluruh dunia. Cuma tempat terbaik menjual emas  adalah di tempat kita beli. Kalau kita beli emas PG kita jual semula kepada PG sebab kita boleh dapat harga yg lebih baik berbanding jual ke tempat lain. Kalau kita jual pd PG spread emas diantara 4.5% - 8%. Kalau jual emas PG di kedai emas lain spread akan jadi 25%.
Kalau beli barang kemas pun macam tu juga beli di kedai Abebb Jewel kena jual di Abebb Jewel juga sbb nilai spread sekitar 15%. Kalau jual emas Abebb Jewel kepada Phohh Chong spread susut nilai anggaran mungkin 25%. Yang PENTING emas tetap bernilai. Kalau simpan untuk jangka panjang kita tak kan rugi sebab semakin lama disimpan semakin tinggi nilai "harga" emas itu.

Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik ?
Soalan Bonus, Semua PELANGGAN nak jual emula emas kpd PG mampu ke PG @ Syarikat pengeluar lain beli semula kesemua emas itu ?
Secara realiti kalau pelanggan nak jual semula emas, dealer yg akan berebut-rebut beli dulu ! Saya yakin mesti dealer yg nak beli dulu kalau ada pelanggan yg nak jual semula emas sebab mereka dapat beli pada harga diskaun 4.5% - 8% dan jual balik kepada customer mengikut market price 100%. Setakat ini bila ada customer saya nak jual emas,memang tak sempat sampai ke PG saya beli dulu....
Risiko sebenar dalam pembelian emas fizikal ialah bila emas itu HILANG @ berlaku PENIPUAN semasa urusan jual beli.

Nak tahu lebih lanjut tentang emas hubungi hot line service no 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia membimbing  /  membantu anda.
Miliki EMAS dengan ILMU.

Read more...

Kelebihan Menyimpan & Membeli Emas

Sunday, January 22, 2012






Bercerita tentang pelaburan emas adalah lebih baik kita mengenali emas terlebih dahulu dan kenapa emas boleh menjana kekayaan. Didalam hadis & Al - Quran ada menyebut tentang kelebihan menyimpan emas.
" Abu Bakar ibn Abi Maryam mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan) "
Sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai emas tidak pernah susut dan terus meningkat setiap masa, zaman Rasulullah SAW harga seekor kambing adalah 1Dinar emas dan selepas 1400 tahun pada masa kini harga kambing adalah 1Dinar emas, ini menunjukkan betapa HEBAT nya logam bernama EMAS.
Beli emas tak rugi sebab emas adalah penyimpan nilai yang terbaik. Nilai tinggi emas itu tetap kekal dan mempunyai permintaan yang tinggi. Semua orang mahukan emas, semua orang yakin dengan emas. Jadi sudah pastilah nilai emas itu sentiasa ada. Beli emas dan nantikan kenaikkan harga dalam tempoh setahun sudah boleh lihat keuntungan harganya. Insyaallah....
Nak tahu tentang emas lebih lanjut hubungi hot line service no 012 9229512 saya Puan Hanisah Mohd Haria rakan emas anda sedia memberi tunjuk ajar / bantuan kepada anda.

Read more...

Tahun Baru 2012 tahun "EMAS" Anda

Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru 2012 tahun "EMAS" anda. Jadikan tahun ini sebagai tahun menambahkan simpanan kepada simpanan emas fizikal. Ini kerana menyimpan emas anda menyimpan kekayaan yang sebenarnya.     Untuk pengetahuan anda pelaburan didalam emas fizikal dari Nov 2010 sehingga Nov 2011 kenaikan emas hampir mencecah 20%. Sudah pasti ianya memberi keuntungan yang baik berbanding simpanan ASB 8.8%.
Jika anda nak memulakan pelaburan emas, saya sedia membantu membimbing memberi ilmu emas kepada semua sehingga berjaya. Insyaallah.
Hubungi saya Puan Hanisah Mohd Haria 012 9229512 rakan emas anda.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP