Powered by Blogger.
Authorized Public Gold Dealer PG004844 / A3201

Menjual Membeli Emas & Perak

Kenapa Pilih Public Gold

Monday, November 28, 2011

1. Syarikat yang kukuh dan semakin berkembang, walaupun baru bertapak pada 2008. Jenama Public Gold tersohor dikenali ramai. Stock emas / perak sentiasa ada kerana mempunyai kilangnya sendiri.
2. Konsep yang terbaik - pelaburan jual beli emas / perak fizikal.
3. Mendapat pengiktirafan dari ' The Malaysian Book Of Record '. Public Gold menjadi syarikat pertama mencipta rekod di ' The Malaysian Book Of Record sebagai pengeluar goldbar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan ketulenan dari assayer bertauliah dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
4. Boleh membeli emas / perak 24 jam sehari 7 hari seminggu. Bagi yang baru boleh beli melalui dealer anda kerana ia lebih mudah. Ada pelbagai cara untuk membeli rujuk dealer anda.
5.Spread yang rendah berbanding syarikat pengeluar emas yang lain iaitu hanya sekitar 4%-8% dari harga We Sell.
6. Dapat sambutan hangat pengemar emas seluruh Malaysia berbanding syarikat pengeluar emas yang lain.
7. Harga emas yang murah kerana tiada caj harga upah.
8. Mempunyai agen dealer Public Gold di setiap negeri di seluruh Malaysia.
9. Branch ofis Public Gold ada disetiap negeri di Malaysia.
10. Ketulenan emas public gold, public dinar, public jewellery dan public silver telah disahkan ketulenannya. Dengan adanya certificate assayer ini, tiada keraguan dengan ketulenannya.
11. Public gold, Public Dinar, Public Jewellery boleh digadaikan di Ar-Rahnu.
12. Harga emas mudah di ketahui melalui website http://www.publicdinar.com.my/
13. Public Gold memberi jaminan membeli semula emas public gold, public dinar, public jewellery & public silver walaupun bercalar, kemek, bengkok atau ada kesan di gigit.

Read more...

Cara Mendaftar Sebagai Dealer Public Gold

1. Call / sms nama penuh, no ic, email dan item yang mahu di beli.
2. Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan emailkan purchase order kepada anda.
3. Saya akan daftarkan dealer dan lock order.
4. Public Gold akan call anda untuk pengesahan dan sales order akan di emailkan kepada anda.
5. Setelah bayaran dibuat emailkan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916 Nyatakan no sales order anda di dalam slip bayaran tersebut.
6. Hubungi PG Penang 04-6441835 minta sambung ke payment department dan semak jika mereka menerima resit bayaran anda.
7. Minta mereka berikan appoval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.
8. Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk sales order No PG x-xxxxxx. Minta mereka sediakan invoice dan delivery order.
9. Ambil stock emas anda dan boleh mula berniaga.

Sama ada untuk menjadi dealer ingin membeli / menjual atau untuk penerangan sila hubungi saya. Saya sedia membantu anda mendalami tentang ilmu pelaburan emas / perak fizikal ini. Call 012 9229512

Read more...

Cara Beli Emas Public Gold Di Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia

            Saya autorised dealer sah Public Gold merangkap " INTRODUCER " bagi pembelian emas / perak anda disetiap negeri diseluruh Malaysia. Anda pilih lokasi cawangan Public Gold bagi pengambilan emas / perak yang dikehendaki. Untuk anda menjadi agen Public Gold saya juga boleh menguruskan terus dari ofis Public Gold Kota Bharu @ online internet.
            Untuk membeli emas / perak periksa dahulu harga emas / perak  Public Gold di www.publicdinar.com.my
            Call / sms Hotline service number 012 9229 512
            Berikan maklumat dibawah
                         1. Nama penuh
                         2. No ic
                         3. No telefon
                         4. Email
                         5. Produk yang nak dibeli
                         6. Branch Public Gold untuk pengambilan emas / perak
             
            Saya akan " lock " harga emas / perak yang anda order. Jangan lupa jika membeli emas / perak terus di ofis Public Gold maklumkan kepada staff bertugas saya Hanisah Mohd Haria PG 004844 / A 3201 adalah " INTRODUCER " anda.

Read more...

Pengiraan Zakat Emas & Perak

            Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk didalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.
            - Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun
            - Nisab pula merujuk kepada nilai berat
         
            Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
            1. Zakat emas yang disimpan ( tidak dipakai )
            2. Zakat emas yang dipakai
           
            1. Zakat Emas Yang Disimpan ( tidak dipakai )
                Emas yang tidak digunakan atau dipakai walau pun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram ( nisab ) maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% . Contoh: Anda memiliki 100gram jongkong emas bernilai Rm 160/gram ( harga semasa ) dan telah menyimpan selama setahun.
            Jumlah Zakat = 2.5% x Rm 16,000
                                 = Rm 400

             2. Zakat Emas Yang Dipakai ( sebagai perhiasan )
                 Emas yang dipakai ( sebagai perhiasan ) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat keatasnya. Tetapi jika ia melebihi ' URUF ' ( uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas wanita di sesebuah tempat ) maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

             Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150gram emas. ( Jika anda bermastautin dinegeri lain sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda dibawah ).

              Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250gram berat emas yang layak dizakatkan adalah
                         = 250gram - 150gram ( uruf )
                         = 150gram
             
              Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x 100gram  (andai harga emas semas Rm157/gram harga semasa)
                                                     = 2.5% x ( 100gram x Rm157 )
                                                     = Rm 392

             Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia
                 1.Uruf emas bagi Kedah adalah 150gram
                 2.Uruf emas bagi Perlis adalah 170gram
                 3.Uruf emas bagi P.Pinang adalah 165gram
                 4.Uruf emas bagi Melaka adalah Rm 5000
                 5.Uruf emas bagi Johor adalah 850gram
                 6.Uruf emas bagi N.Sembilan adalah 200gram
                 7.Uruf emas bagi Selangor adalah 800gram
                 8.Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150gram
                 9.Uruf emas bagi Kelantan : tiada uruf
               10.Uruf emas bagi Terengganu adalah 850gram
               11.Uruf emas bagi Pahang adalah 200gram
               12.Uruf emas bagi Perak adalah 500gram
               13.Uruf emas bagi Sabah adalah Rm 5000
               14.Uruf emas bagi Sarawak adalah 775gram

             Pengiraan Zakat Perak
                Bagi zakat perak ianya perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
                    -Haul ialah tempoh setahun
                    -Nisab zakat perak sebanyak 200dirham iaitu sama atau melebihi 595gram ( 1dirham = 2.975gram )
                Formula: ( berat perak/gram ) x ( harga semasa/gram ) x 2.5%
                Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999 adalah Rm 4500
                Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x Rm 4500
                                                                 = Rm 112.50

               

Read more...

Bagaimana Nak Mula Simpan @ Melabur Dengan Emas

            Bagaimana kita nak mula simpan dan buat pelaburan emas ini ? Soalan yang sering saya terima kerana ramai yang berminat namun tak tahu nak mula. Semua pelaburan bermula dengan modal. Oleh itu kita kena lihat berapa modal tunai yang kita ada atau pun yang sanggup kita adakan.
            Cara mudah saya adalah kita bermula dengan secara kecilan dengan kata-kata 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Kita boleh mula membeli dengan 1Dinar public gold atau pun membeli 10gram goldbar public gold. Cuba beli ini dahulu.....saya yakin anda akan alami daya tarikan emas dan emas yang sedikit ini mampu menarik emas yang banyak.
            Suka untuk saya ceritakan anda perlu alami dengan membeli sendiri dan pegang emas itu ke tangan anda. Ini kerana sifat manausia ' jika manusia diberi segunung emas, dia nak segunung emas lagi '. Percayalah sifat berjimat dan menabung akan mula timbul dalam diri anda seterrusnya sifat nak ' tambah lagi ketulan emas ' akan terbina dengan sendiri dalam jiwa anda. Perlu diingatkan berzakat dan bersedekah usah di lupakan. Dengan bersedekah harta anda akan bertambah. Insyaallah........
       
       

Read more...

Apakah Keistimewaan Emas

Sunday, November 27, 2011

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ianya juga boleh
menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
2.Diktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga.
3.Bernilai untuk selamanya dan ianya tidak boleh dibinasakan.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
6.Mudah untuk menukarkan kepada wang.
7.Simpanan / pelaburan terbaik kerana ianya melindungi
kekayaan pemiliknya.

"Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta-merta
tetapi ianya boleh mengelakkan anda dari terus miskin"

Read more...

Anda Sebagai Penyimpan Emas, Pelabur Emas Atau Peniaga Emas

Mungkin sudah ramai yang mula sedar tentang kepentingan emas dan
mungkin masih ramai yang belum tahu kepentingan emas.Sebelum anda
memiliki emas atau pergi lebih jauh dalam bidang emas, anda perlu
tanya pada diri sendiri.Adakah "aku" nak jadi penyimpan emas,
pelabur emas atau peniaga emas ?

Penyimpan Emas

Bagi saya penyimpan emas bermaksud membeli emas sebagai simpanan
untuk masa depan atau membeli emas sebagai barang perhiasan (barang
kemas).

Pelabur Emas

Pelabur emas adalah mereka yang mengharapkan keuntungan dalam
jangka masa tertentu.Sebagai contoh beli emas hari ini menjualnya
bila ada keuntungan.

Peniaga Emas

Peniaga emas adalah mereka yang suka menjalankan perniagaan
jual dan beli emas.

Berdasarkan tiga ketegori diatas dimanakah letaknya diri anda?
Jika sebagai penyimpan emas=anda untung
Jika sebaga pelabur emas=anda untung
Jika sebagai peniaga emas=anda lebih untung

Read more...

Sebab Apa Perlu Simpan Emas

1. Nilai wang semakin jatuh
2. Harga emas potensi menaik untuk jangka masa panjang
3. Emas adalah aset yang mudah cair
4. Emas tidak boleh dicipta / dimanipulasi.
5. Pelindung kekayaan
6. Portfolio pelaburan dan pendapatan

   " Simpanan emas untuk masa hadapan "
   

Read more...

Parameter Pelaburan Emas

Tuesday, November 22, 2011

Sumber : E-Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan.

Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual.

Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini.

Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli.

Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya.

Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak

Read more...

Harga Emas Melambung


PENINGKATAN harga emas yang mendadak di Iraq menyebabkan ramai bakal pengantin termasuk Mustafa mungkin tidak mampu menabung selama setahun semata-mata untuk membeli barangan kemas buat tunangnya, Sura.
Masalah itu bukan saja menimpa Mustafa Kadhim dan keluarganya, malah dihadapi majoriti keluarga di seluruh negara Arab. Berikutan harga emas dan logam yang mening�kat secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tradisi pembelian emas bagi menandakan bermulanya persiapan perkahwinan mula dilihat sebagai bebanan bagi pihak lelaki.
Kadhim contohnya, bersetuju membeli barangan kemas bernilai $5 juta dinar (RM13,464), namun kunjungannya ke pasar emas popular di utara Baghdad, Kadhimiyah, menyebabkan lelaki itu pulang hampa selepas tidak mampu berdepan pasaran global semasa.

“Saya terkejut dan kecewa. Saya bimbang mengenai harganya - semuanya makin mahal termasuk emas. Tapi, membeli emas adalah perkara tradisi dan semua patut melakukannya,” kata penduduk Baghdad berusia 23 tahun itu yang memperoleh AS$700 (RM2,216) sebulan, hasil kerjanya di syarikat pembinaan tempatan.
Harga emas meningkat pada 6 September lalu dengan mencecah peningkatan sebanyak AS$1,921.15 (RM6,081.59) setiap auns, meningkat 35 peratus sejak awal tahun ini.
Ia merosot sedikit namun masih cukup tinggi untuk mencetuskan rasa kekecewaan di rantau yang menjadikan emas sebagai hadiah kepada pengantin perempuan sebagai satu rutin wajib dalam majlis perkahwinan mereka.

“Kami sentiasa menyatakan apa yang kami percaya - kecantikan dan simpanan masa depan. Emas membuatkan seseorang pengantin tampil lebih jelita dan ia sumber simpanan utama jika timbul krisis dalam rumah tangga,” kata Umm Salam, atau ‘ibu kepada Salam’ yang akan mengahwinkan anak lelakinya tidak lama lagi.

Anaknya, Salam Hamad, membayar $6 juta dinar (RM16,157) untuk 85 gram emas untuk tunangnya yang dibeli di pasar Kadhimiyah.

“Tiada apa pun yang mahal untuk wanita itu, saya rela menjual mata untuknya,” kata Hamad, 25, mengenai bakal isterinya.

Menurut Majlis Emas Dunia, bukan hanya warga Iraq yang berdepan situasi ini, malah seluruh zon Timur Tengah yang selama ini menjadi salah satu pembeli emas terbesar di dunia.

“Saya merancang untuk berkahwin sejak beberapa tahun lalu, tapi disebabkan perbelanjaan tinggi termasuk harga emas, saya akhirnya dapat mengadakan majlis pertunangan bulan lalu,” kata Alaa John, pereka grafik dari Jordan.

“Adat, tabiat dan tradisi mengawal kehidupan seharian kami di Jordan. Emas adalah kunci utama untuk berkahwin,” tambah lelaki berusia 30 tahun itu yang turut mengatakan dia dan tunangnya bersetuju membeli barangan kemas 21 karat yang lebih murah bernilai AS$2,500 (RM7,914).

Read more...

Pelaburan Emas Di TV9

Sila OFF kan audio lagu di sidebar kanan utk menonton video ini.

Read more...

Tun Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).


Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP